Etika perniagaan adalah prinsip-prinsip moral yang standard kelakuan perniagaan
yang diterima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan. Ia merupakan satu set
nilai dan peraturan yang merangkumi peraturan yang baik atau buruk di dalam
operasi perniagaan. Pada kebiasaannya pihak kerajaan, orang ramai, pesaing dan
individu menentukan apa yang boleh diterima umum. Sebagai contoh, seorang
usahawan yang beretika pada kebiasaannya adalah seorang yang jujur dan amanah.
Pada 8 November 1983, Etika Amalan Perniagaan Malaysia (EAPM) telah
dilancarkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Etika ini
merupakan usaha kerajaan untuk menimbulkan satu kesedaran di kalangan para
peniaga supaya mempunyai tanggungjawab moral dan sosial. Etika ini diwujudkan
kerana desakan pergerakan yang menyatakan terhadap peningkatan berbagai amalan
yang tidak sihat, contohnya perkhidmatan yang tidak memuaskan dan pembaziran
barangan dalampasaran.
Etika perniagaan adalah penting kerana ia akan menyesuaikan perniagaan
dengan nilai dan jangkaan masyarakat. Usahawan dan perniagaan dijangka mematuhi
Akta dan Undang-undang tempatan. Selain daripada peraturan dan akta perniagaan,
keputusan beretika dapat menguatkan perhubungan dan Kepercayaan dalam dunia
perniagaan. Keputusan perniagaan yang tidak beretika bukan sahaja menghilangkan
kepercayaan pelanggan tetapi juga melemahkan perniagaan di kemudian hari kelak.
Contoh keadaan perniagaan tang tidak
beretika adalah seperti sesetengah penjual yang mengenakan harga yang berlainan
terhadap pelanggan yang berlainan. Ini biasa berlaku di pasar malam atau kedai
runcit. Ini dikatakan kurang beretika dan dilarang oleh undang-undang.
No comments:
Post a Comment