Milton (1962) merumuskan bahawa “tugas utama bisnes adalah membuat untung, tidak lebih dari itu dan tidak kurang darinya” (the main business is to make profit, nothing more, nothing less). Untung dapat dihasilkan apabila perniagaan dapat memperdagangkan produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat pengguna. Untuk itu, perlu bersaing bagi menawarkan produk dan perkhidmatan yang paling kos-efektif kepada pengguna. Apabila untung dihasilkan, peniagaan akan membuat bayaran cukai pemerintah. Cukai nanti digunakan oleh pemerintah untuk menyediakan perkhidmatan, termasuk berkaitan masyarakat. Dengan itu, secara klasikal, dikatakan bahawa bisnes sudah memenuhi tanggungjawab sosial mereka.
Namun,
sungguhpun perniagaan terus berkembang maju, masalah-masalah social terus
tercetus. Antaranya, ketidakseimbangan pendapatan semakin ketara, kadar
kemiskinan yang meningkat, peningkatan kadar pengangguran dirasai. Akibat
peningkatan isu-isu social ini, masyarakat awam menuntut supaya sektor lebih
prihatin dan bertanggungjawab dalam sama-sama menyelesaikan masalah masyarakat.
Desakan ini semakin kuat setelah masyarakat menjadi semakin maju.
No comments:
Post a Comment