Pages

Tuesday 21 January 2014

KESIMPULAN

Melalui tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh firma-firma perniagaan yang berlandaskan prinsip-prinsip bahawa sektor perniagaan adalah sebahagian daripada masyarakat dan masyarakat yang lebih maju akan secara holistiknya menyumbangkan secara langsung kepada peningkatan permintaan untuk barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor perniagaan tersebut.



Dari situ telah dapat memberi kepuasan, kemakmuran, kebahagian dan sebagainya kepada masyarakat, memberi keuntungan kepada firma-firma perniagaan dan akhirnya membawa kepada keamanan, kejayaan dan pembangunan Negara.

DIMENSI TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Terdapat 4 (empat) dimensi utama dalam tanggungjawab sosial iaitu terhadap pengguna, pekerja, persekitaran dan komuniti yang merangkumi masyarakat, kerajaan serta golongan yang tidak bernasib baik.

i.                    Tanggungjawab sosial terhadap pengguna


Termasuk dalam soal pemasaran dan pengiklanan. Pemujukan promosi dan tuntutan jualan perlulah dengan cara yang benar tanpa penipuan dan tidak memutarbelitkan fakta sebenar tentang barangan. Produk yang diperdagangkan hendaklah selamat digunakan dan tidak lapuk tarikh penggunaan, pada harga yang berpatutan serta pembungkusan label yang dibuat memberitahu tentang kegunaan produk dengan tepat dan mudah difahami pengguna sambil menjamin kualiti penghasilan.

ii.                  Tanggungjawab sosial terhadap pekerja
Termasuk jaminan kesihatan dan keselamatan semasa bekerja, perlindungan daripada peralatan yang berbahaya, perlindungan dan bahan kimia toksid, polisi gaji, upah, imbuhan-imbuhan lain yang adil dan komprehensif, perlindungan pendapatan dan insuran dan faedah-faedah tentang kemajuan kerjaya dan persaraan, penstrukturan semua tugas-tugas rutin, waktu kerja yang fleksibel, polisi ‘pintu terbuka’ untuk rayuan dan maklum balas serta umumnya menjaga kebajikan sosial para pekerja sambil mewujudkan suasana harmoni sesama mereka.

iii.                Tanggungjawab sosial terhadap persekitaran
Termasuk pekaksanaan polisi ke arah persekitaran selamat seperti membersihkan semula sumber-sumber pencemaran industri dengan mengurangkan pelepasan gas beracun dan mengelakkan pencemaran udara, penghapusan pembuangan bahan dalam air dan persekitaran, pemasangan peralatan termoden untuk pencemaran, pengawalan bunyi bising yang berlebihan serta mewujudkan program pembuangan sisa industry yang selamat dan berkesan.

iv.                Tanggungajwab sosial terhadap komuniti
Menyediakan suasana aman serta mewujudkan suasana bermasyarakat yang selamat. Sektor perniagaan boleh membantu di dalam pendidikan seperti memberi bantuan kewangan, menyalurkan kepakaran atau sumber manusia untuk membantu institusi setempat serta perusahaan kecil serta melibatkan diri di dalam program-program pembandaran serta penyediaan kemudahan asas dan riadah.

            Di waktu yang sama, memberi perhatian kepada golongan yang tidak bernasib baik, termasuk golongan tua, penganggur, bekas banduan, bekas penagih dadah, cacat akal, cacat angota serta kumpulan terpinggir termasuk golongan minorti dan wanita.

Sektor perniagaan juga perlu bekerjasama dengan kerajaan di dalam menguatkuasakan aktiviti perniagaan beretika, telus dan terbuka.

PERSPEKTIF TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Walaupun matlamat utama sesebuah badan korporat untuk menghasilkan keuntungan, tetapi ia juga mempunyai tanggungjawab social terhadap berbagai pihak yang berkepentingan termasuk pelanggan, pekerja, pembekal dan juga kerajaan. Oleh itu, tanggungjawab social dalam aspek perniagaan boleh ditakrifkan sebagai usaha yang dilakukan untuk memaksimumkan faedah ataupun kesan positif kepada semua pihak yang berkepentingan dan pada masa yang sama berusaha untuk meminimumkan kesan negatif yang mungkin tercetus dari amalan perniagaan.


Diantara peranan firma perniagaan terhadap masyarakat iaitu menghasilkan produk dan perkhidmatan untuk kesejahteraan masyarakat, melaksanakan dengan paling cekap, menyediakan peluang perniagaan, membuat keuntungan dan dengan itu dapat menyumbangkan secara langsung kepada kemakmuran Negara dan masyarakat sejagat, dan juga bersaing untuk penghasilan yang paling kos-efektif.

Sesebuah firma juga dikatakan telah melaksanakan tanggungjawab sekiranya dapat memenuhi empat dimensi tanggungjawab social iaitu undang-undang, ekonomi, etika dan amal jariah. Corral (1979) menyatakan tanggungjawab adalah perlakuan dan aktiviti tambahan yang bukan ditentukan oleh  undang-undang tetapi lebih kepada memenuhi apa yang diharapkan kepada oleh ahli masyarakat.

i)                    Perspektif undang-undang
Kerajaan berperanan mengawal selia persaingan, melindungi pengguna, melindungi alam sekitar, melindungi aspek-aspek keselamatan dan kesihatan serta melindungi pekerja. Undang-undang dan peraturan yang tertentu diwujudkan bagi maksud-maksud tersebut. Diwaktu yang sama, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mewujudkan  suasana yang kondusif bagi membolehkan sector perniagaan memainkan peranan masing-masing kea rah perumbuhan ekonomi Negara.


(FOTO menunjukkan hasil rampasan barang-barang yang diseludup termasuk minyak masak di sempadan negara di Perlis)

Firma-firma perniagaan perlu mematui undang-undang dan peraturan yang melibatkan pekerja, pengguna, pembekal, masyarakat, alam sekitar dan sebagainya. Setiap kesalahan akan mengakibatkan tindakan undang-undang yang membawa kepada firma perniagaan menanggung kerugian akibat daripada tuntutan saman melalui pembayaran pampasan dan denda. Malah berkemungkinan boleh menjejaskan reputasi syarikat dan menggugat keyakinan pelanggan terhadap syarikat berkenaan. Resiko yang paling besar ialah berkemungkinan diarah oleh mahkamah untuk menutup operasi perniagaan tersebut.

Diantara undang-undang yang terlibat bagi mengawal firma perniagaan seperti berikut:
a.   Akta Kerja;
b.   Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
c.  Akta Kualiti Alam Sekitar;
d.   Akta Perlindungan Pengguna; dan
e.    Akta Perhubungan Industri.

Manakala lain-lain peraturan termasuklah kawalan kegunaan tanah dan juga perlesenan. Walau bagaimanapun, perubahan sentiasa berlaku dan atas sebab itu undang-undang tidak mungkin dapat menjangka kesemua perlakuan manusia. Ini bermakna memenuhi tuntutan kehendak undang-undang sahaja tidak cukup untuk organisasi perniagaan memenuhi tuntutan beretika. Perspektif-perspektif selainnya harus juga dipertimbangkan.

ii)                  Perspektif etika
Etika sebagai satu dimensi tanggungjawab social bermaksud memenuhi norma dan piawaian moral masyarakat melebihi daripada tuntutan undang-undang. Malah, sektor perniagaan perlu mengambil kira aspirasi semua pihak yang berkepentingan dengan kewujudannya, termasuk pemegang saham, pekerja, pelanggan dan pembekal, malah pesaing, serta terhadap masyarakat. Begitu juga dengan nilai-nilai luhur insan, agama dankepercayaan serta budaya masyarakat perlu dilihat.

Manakala pengurusan dan pekerja sesebuah firma perlu ada iltizam dan komitmen bersama ke arah amalan beretika. Justeru itu, akan dapat mewujudkan kesetiaan dan pemuafakatan semua pihak yang bersama-sama berusaha ke arah amalan beretika selaras dengan aspirasi masyarakat secara holistik.

Dengan adanya firma perniagaan yang peka kepada aspirasi, kehendak keperluan semua pihak dalaman dan luaran khususnya berkaitan dengan tuntutan amalan perniagaan yang beretika, maka firma tersebut akan dapat membentuk strategi-strategi perniagaan yang diterima dengan baik oleh semua pihak dan akhirnya berjaya menghasilkan kecemerlanan organisasi yang berpanjangan.

iii)                Perspektif ekonomi
Sesebuah organisasi perniagaan dikatakan telah memenuhi tanggungjawab social dari perspektif ekonomi apabila dapat menguruskan perniagaan secara cekap, mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti untuk pengguna, menyediakan peluang pekerjaan dengan upah yang setimpal, menyumangkan kepada pertumbuhan ekonomi serta telah memperolehi keuntungan yang munasabah.

Antara isu penting dalam memenuhi tanggungjawab sosial dari perspektif ekonomi ialah amalan pesaingan oleh firma perniagaan. Apabila persaingan secara tidak adil dilakukan misalnya mengekalkan potongan harga dan melancarkan perang harga, ini akan melemahkan dan akhirnya memusnahkan firma-firma yang bersaiz kecil di pasaran. Begitu juga dengan amalan rasuah, wujud persaingan yang tidak sihat dan rompakan hak intelek yang akan meluputkan semangat pertalian sama-sama beruntung (win-win relationship).

iv)                Perspektif amal jariah
Perspektif amal jariah wujud jika firma perniagaan dapat menyumbang sebahagian daripada hasil syarikat melalui pelaksanaan program-program kemasyarakatan bantuan kewangan, pendidikan, menganjurkan program bermanfaat kepada masyarakat dan sebagainya.  Ia berlandaskan kepada prinsip tanggungjawab firma perniagaan ke arah member sumbangan kepada peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Di dalam memenuhi hasrat perspektif ini, sektor perniagaan sedar bahawa masyarakat memerlukan lebih dari keperluan asas seperti ketenteraman awam serta kemuadahan dan masa untuk beribadah, rekreasi dan beriadah, hiburan dan kesenian serta amnya ketengangan jiwa. Sebagai pemilik (employers) kepada kakitangan serta sebagai anggota masyarakat setempat, adalah menjadi tanggungjawab sektor perniagaan turut membantu menyediakannya.

PRINSIP-PRINSIP AMALAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL SEKTOR PERNIAGAAN

Frederick et. A; (1992) merumuskan prinsip-prinsip berikut di dalam perbahasan tentang perlunya amalan tanggungjawab social oleh sektor perniagaan:

(1)   Peniaga tidak boleh mengelakkan diri dari terlibat dalam isu sosial. Sektor perniagaan adalah pada asasnya merupakan sebahagian dari anggota masyarakat dan dengan itu semestinya berkongsi hak dan tanggungjawab bagi mengatasi masalah-masalah yang berbangkit.

(2)   Perniagaan  mempunyai sumber untuk menyelesaikan masalah-masalah yang kompleks. Dengan kekuatan sumber kewangan, teknikal dan pengurusan, sektor perniagaan boleh memainkan peranan penting di dalam membuat keputusan yang bijak bagi menyelesaikan masalah masyarakat. Dengan berbuat demikian serta dengan sokongan dari pihak masyarakat, organisasi perniagaan akan dapat terus membangungkan kepakaran mereka.

(3)   Masyarakat yang lebih baik bermakna dapat mewujudkan persekitaran yang terbaik untuk memajukan perniagaan. Perniagaan boleh membangunkan keuntungan jangka panjang dengan memberi perhatian kepada masalah hari ini. Dengan itu dapat mewujudkan persekitaran masyarakat yang kondusif dan seterusnya dapat membantu melicinkan perjalanan perniagaan untuk menjadi lebih beruntung di masa hadapan.

(4)   Tindakan sosial perniagaan dapat mengelakkan campur tangan kerajaan. Sekiranya perniagaan gagal melaksanakan tanggungjawab ini secara sukarela dan mengakibatkan kesan negatif kepada masyarakat, pihak kerajaan terpaksa campur tangan untuk memaksa sektor perniagaan melaksanakannya.

Terdapat tiga (3) tahap sepertimana yang dikemukakan oleh Sethi (1979) yang membawa kepada evolusi reaksi sektor perniagaan kepada tanggungjawab sosial.

i). Memenuhi  kewajipan secara pasif.
Sektor perniagaan telah didapati tidak begitu menonjol di dalam melakukan tindakan menyelesaikan masalah masyarakat. Malah apabila keadaan memaksa, beberapa strategi awam akan diambil untuk menaikan imej seberapa yang boleh bagi menangkis dan menafikan ketidakcekapannya.


Sektor perniagaan juga didapati cuba mengekalkan status-quo, menentang undang-undang yang memberi kepada pertambahan kos serta secara diam-diam menggunakan lobi untuk mempertahankan kedudukannya. Manakala sumbangan pula hanya diberi jika ia memberi faedah kepada                                                                   

ii). Menerima tanggungjawab secara terhad
Sektor perniagaan bertindak menerima tanggungjawab menyelesaikan masalah semsa dan bersedia menerima kritkan, tetapi pada waktu yang sama, mempengaruhi masyarakat awam untuk menerima praktis firma.
Sektor perniagaan mula menunjukkan kesediaan bekerjasama dengan kerajaan dalam penyelidikan ke arah meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta menunjukkan kesanggupan untuk bekerja dengan pihak lain bagi penambahbaikkan undang-undang yang sedia ada.

Manakala dari segi philantropik pula, sektor perniagaan memberi sumbangan kepada perkara-perkara yang tidak kontroversi.

iii). Bertindak ke atas reaksi sosial secara aktif
Tahap ini menunjukkan peniaga bersedia berbincang tindakan yang diambil bersama pihak luar, juga memberi penerangan secara bebas kepada pihak awam, menerima input  formal dan tidak formal dari pihak luar dan dalam pembuatan keputusan serta sanggup dinilai oleh masyarakat di dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.

Berkomunikasi secara terbuka dengan kerajaan dalam mencadangkan dan melaksanakan undang-undang. Bersedia secara terbuka menentang aktiviti kerajaan yang tikda membawa kepada kebajikan masyarakat awam.

Sektor perniagaan juga menghindarkan diri dari campur tangan dalam politik sambil menggalakkan elemen kejujuran dan perlakuan terbuka. Dalam kegiatan philantrofik, bekerjasama dengan pihak lain untuk menyumbangkan secara langsung kepada kesejahteraan masyarakat secara berpanjangan serta kea rah memenuhi keperluan golongan yang terpinggir dan kurang bernasib baik.

Thursday 9 January 2014

Maksud "AGENDA"

Apabila disebut 'Agenda', lebih kepada menyatakan sesuatu program atau mesyuarat yang bersifat formal.  Sesuatu Agenda mempunyai beberapa perkara untuk dibincangkan di dalam mesyuarat yang diadakan untuk sesebuah organisasi. Kumpulan Agenda telah merungkaikan beberapa perkara yang tersirat di sebalik nama "AGENDA" tersebut.

Huraian :-

A         :  Accountability (Tanggungjawab)

Tanggungjawab bermaksud komited kepada nilai, visi, misi, etika dan matlamat organisasi dan mengenepikan kepentingan diri dan perasaan peribadi. Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi serta bertanggungjawab di dalam hal-hal berkaitan dengan tugas yang dilaksanakan serta mengutamakan matlamat, objektif dan tuntutan tanggungjawab sosial. Komited, berdisiplin dan dedikasi serta berwibawa.

G         :  Good (Baik)

Baik bermasuk menghasilkan sesuatu atau melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin serta berkualiti. Melayan pelanggan dengan sifat baik dan berhemah. Memenuhi tuntutan masyarakat terhadap tanggungjawab sosial. Sentiasa  sabar, ikhlas dan adil serta bijaksana. Berbudi sederhana & bersyukur.

E     :   Excellence (Cemerlang)

Cemerlang bermaksud 'go beyond' yakni memenuhi kehendak yang tidak terungkap oleh pelanggan, menangani  cabaran yang belum tiba dan melepasi rekod sedia ada. Cemerlang bermakna melepasi aras kualiti dan mewujudkan  paras pencapaian baharu rekod sedia ada. Cemerlang bermakna melepasi aras kualiti dan mewujudkan aras pencapaian baharu untuk dikejar oleh pesaing. Mempunyai wawasan, utamakan kualiti dan peka dengan arus globalisasi.

N        :   Natural (Semulajadi)

Semulajadi bermaksud melakukan tanggungjawab sosial mengikut konsep Islam dan berpandukan Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad swt.  Memelihara alam semulajadi dengan sebaik-baiknya agar semua masyarakat dapat menikmatinya dan keselamatan terpelihara. Sentiasa bersikap mesra pelanggan dan berbudi bahasa.

D         :   Dynamic (Dinamik)

Salah satu hal yang berkaitan dengan dinamik ialah 'kerja'. Iaitu melaksanakan  tugas sebagaimana yang ditetapkan atau diarahkan. Kerja mengutamakan kepatuhan kepada arahan.  Ukuran kerja ialah kecekapan dan oleh itu dinamik di dalam melaksanakan sesuatu tugas akan menghasilkan keberkesanan dan kepuasan serta kejayaan penghasilan matlamat tersebut.

A         :   Alternative (Pilihan)
                       
Pilihan bermasuk di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, pelbagai alternatif boleh diambil dan dilakukan agar dapat mencapai matlamat dan melepasi aras kualiti sesuatu produk yang hendak dihasilkan.  Bersedia untuk melaksanakan idea baharu, bersedia untuk menggunakan cara gaya baharu dan menyempurnakan tanggungjawab, bersedia menjayakan transformasi mengikut etika yang ditetapkan. Bertindak berdasarkan fakta, proaktif, inovatif dan berdaya saing.

Khutbah Jumaat : Tanggungjawab Sosial Satu Tuntutan


Di kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “TANGGUNGJAWAB SOSIAL SATU TUNTUTAN ”

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Manusia adalah makhluk yang ‘Mujtamak’ ataupun insan bermasyarakat.Tanpa sokongan dan kerjasama  manusia tidak akan dapat mencipta budaya dan tamadun. Dalam Islam konsep bermasyarakat adalah murni dan luas melangkawi agama, bangsa, warna kulit dan budaya. Hal ini di nyatakan oleh Allah SWT  dalam surah al-Hujuraat ayat 13:

Maksudnya : “ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan.”.

Berdasarkan ayat tersebut, dapat difahami bahawa manusia diciptakan  untuk saling kenal- mengenali dan saling berkerjasama antara satu sama lain serta bantu-membantu demi membina kehidupan yang sejahtera dengan di dokong iman dan takwa kepada Allah SWT. Dalam menghayati kehidupan bermasyarakat Islam amat menitik beratkan konsep tanggungjawab sosial, iaitu mengambil berat sesama manusia sebagaimana hadith Rasulullah SAW:

Bermaksud: “Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”(Riwayat at-Tabarani).

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Islam adalah agama persaudaraan. Ciri-ciri persaudaraan terkandung dalam nilai-nilai unggul seperti berbuat baik, berkasih sayang, hormat menghormati, tolong menolong, amanah, jujur, bertimbang rasa dan sebagainya. Jesteru nilai-nilai murni ini menjadi tunjang di dalam kehidupan bermasyarakat. Oleh itu, tuntutan berbuat baik atau melakukan kebajikan tidak terbatas kepada ibu bapa, adik beradik, ahli keluarga atau orang-orang yang ada pertalian darah dengan kita sahaja. Bahkan kita dituntut berbuat baik atau melakukan kebajikan kepada kawan-kawan, jiran tetangga bahkan kepada orang-orang yang kita tidak kenali termasuk juga terhadap haiwan dan makhluk-makhluk yang lain.

Lumrah kehidupan bahawa ada manusia yang hidupnya mewah dan kaya raya serta ada yang miskin melarat. Justeru syarak mewajibkan golongan yang berada mestilah membela golongan yang miskin dan lemah. Saban hari media massa memaparkan kisah penderitaan masyarakat, ada di kalangan mereka yang terlantar sakit, fakir dan miskin, ada yang dilanda pelbagai musibah bencana dan wabak penyakit. Mereka ini sebenarnya memerlukan bantuan dan pertolongan daripada kita. Kita boleh membantu mereka samada dengan wang ringgit atau sokongan moral.  Ketahuilah bahawa ada dikalangan mereka memerlukan bantuan organ-organ untuk meneruskan kehidupan. Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin meningkat di negara kita dan ia merupakan salah satu kaedah rawatan yang telah diterima ramai.

Bersempena dengan kempen pendermaan organ yang sedang giat dilaksanakan, mimbar menyeru kepada semua pihak marilah sama-sama kita menyahut seruan kempen ini dengan mendaftar diri sebagai penderma. Pendermaan organ adalah sebahagian amalan sedekah jariah kita demi menyelamatkan nyawa sesama manusia. Agama Islam mengharuskan pendermaan organ sebagaimana yang telah diputuskan dalam majlis Muzakarah Fatwa kebangsaan pada tahun 1970.  Ketahuilah pendermaan organ merupakan satu pekerjaan mulia dan amalan yang mendapat pahala yang berterusan hingga ke alam akhirat. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 32:

Maksudnya:“ Dan sesiapa yang menjaga kehidupan manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga kehidupan manusia semuanya.”

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Umat Islam mempunyai peluang yang amat luas untuk melipatgandakan pahala khususnya bagi mereka yang dikurniakan harta dan wang ringgit yang banyak. Kerana itu, beruntunglah orang-orang yang diberi oleh Allah SWT. kelebihan suka menolong orang lain dan membantu di dalam kerja-kerja kebajikan. Sabda Rasulullah SAW :
            Bermaksud: “ Sebaik-baik manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”.
(Riwayat al-Qudhai)

Berdasarkan hadith tersebut, maka beruntunglah kita atau bagi sesiapa yang menjadi orang yang banyak memberi manfaat kepada sesama manusia, suka memberi bantuan dalam kerja-kerja kebajikan atau berusaha mengurangkan penderitaan terhadap musibah yang ditanggung oleh seseorang. Oleh itu, yang jelas bagi kita semua, bahawa seruan  amalan suka menolong dan membantu orang lain adalah termasuk didalam amal ibadah, bahkan pahalanya lebih besar daripada beriktikaf di dalam masjid.

Ibnu Qayyim Rahimahu Allah menyatakan bahawa sesiapa yang berbuat baik dengan orang lain. Allah akan berbuat baik kepada dirinya,  dan sesiapa yang bersifat rahmah kepada orang lain, Allah akan bersifat rahmah kepadanya, dan sesiapa yang memberi manfaat kepada orang lain, Allah akan memberi manfaat kepada dirinya, dan sesiapa yang menutup keaiban orang lain, maka Allah akan menutup keaibannya, dan sesiapa yang menegah kebaikan orang lain, maka Allah akan menegah kebaikan kepadanya dan sesiapa yang berhubung kepada yang lain dengan sifat tertentu Allah akan bermuamalah denganya sama dengan sifat itu di dunia dan di akhirat. Oleh yang demikian banyakkan membantu atau menolong orang yang memerlukan bantuan kerana Allah.

Justeru  itu, mimbar Jumaat menyeru para jamaah dan seluruh umat Islam agar sama-sama menyemarakan amalan tanggungjawab sosial terutama demi menyelamatkan maruah dan  nyawa sesama kita. Kerana sesungguhnya tersirat seribu rahsia dan hikmah disebalik semangat tersebut. Semoga hubungan yang baik dan semangat tolong menolong dapat mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah sesama Islam.

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, beberapa pengajaran dapat disimpulkan diantaranya, Pertama: Bahawa manusia tidak boleh hidup bersendirian. Oleh sebab itu, manusia tidak dapat lari dari hidup bermasyarakat yang saling perlu memerlukan dan saling bergantung antara satu sama lain. Kedua: Masyarakat yang hidup saling tolong menolong dan hidup dalam suasana ukhuwwah, akan hidup dalam keadaan aman dan sejahtera, makmur dan bahagia. Ketiga: Tuntutan menunaikan tanggungjawab sesama umat Islam atau melaksanakan hak mereka merupakan salah satu dari cabang iman. Sesiapa yang melaksanakan tuntutan ini akan mendapat ganjaran pahala serta dikasihi Allah SWT dan Rasul. Keempat: Semangat bantu membantu dan hidup berkasih sayang serta bertolak ansur dapat membentuk perpaduan yang  jitu. Disamping ia dapat menghindarkan dari anasir-anasir yang tidak sihat, perbuatan khianat, fitnah dan sebagainya yang boleh mengancam kehidupan mesyarakat. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah al-Fusilat ayat 34:


Maksudnya:“ Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan yang jahat. Tolaklah kejahatan dengan cara yang baik; apabila tiba-tiba orang yang di antara kamu dan antara dia ada permusuhan, seolah-olah dia seorang sahabat karib”.

Madah, Sajak & Puisi

Prof, Dr. Hamka berkata:

            “Jiwa adalah harta yang tiada ternilai mahalnya. Kesucian jiwa menyebabkan kejernihan diri, lahir dan batin. Itulah kekayaan sejati. Begitu ramai orang yang kaya harta, tetapi mukanya muram, sedangkan begitu ramai orang yang miskin wang tetapi wajahnya berseri”

  • Kata-kata semangat
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

  • Kemaafkan
"kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi"


Antara Dua Persimpangan
















Seribu langkah pun aku berjalan, aku masih tidak tahu ke mana aku menuju...
Bila sampai di persimpangan, terus fikiranku buntu...
Mengharapkan petunjuk dari Tuhan, namun sukar sekali untuk aku dapatkan...
Adakah kerana dosaku yang bagai buih dilautan itu...
Menghalang aku melihat pada sebuah kebenaran?
Aku buntu...lantas, hampir rebah, hampir tersungkur...
Hampir putus asa dengan tangisan di tubir mata...
Namun, ada satu suara menyedarkanku...
'Bangkit!'... 'Bangkit!'... 'Bangkit!' 'Teruskan perjuanganmu!' 'Tidak boleh menyerah, tidak boleh mengalah...sebelum kematian menjengah...'
Dengan penuh debaran, akhirnya aku terpaksa membuat sebuah pilihan...
Antara dua persimpangan, aku pilih satu...
Semoga jalan ini memandu aku ke arah kebenaran, ketenangan dan kebahagiaan yang kucari...amiin~


Muhasabah Diri


Hari ini...
Nyanyian ketakutan kembali berguncang

Batinku bergemuruh
Suara malam mulai mengusik tidurku
Seolah berpesan padaku
Bangunlah dari tidurmu selama ini
Jangan kau sia-siakan hidup ini
Hidup hanya sekali

Ingat Rabb yang menciptakanmu
Kau hanya makhluk hina
Ketika dirimu berkata

"ya, Rabb , hilangkan dari diri-diri ini
sifat sombong ? rabbmu berkata tidak d `

 tidak akan dihilangkan kau yang harus menyerahkannya kepadaku
renungkan awal dan akhir hidupmu
kita hanya makhluk-makhluk yang sedang menunggu mati

sudah siapkah menghadap tuhanmu, teruslah bertanya seperti itu
mudah-mudahan kau tersadarkan
Jangan pernah merasa memiliki dan dimiliki kecuali
merasa memiliki dan dimiliki oleh Tuhanmu

Nilai Kualiti Dalam Perspektif Islam

Kualiti biasanya diertikan sebagai kecemerlangan, keunggulan, ketinggian nilai dan mutu. Dalam konteks produk yang dipasarkan dan perkhidmatan yang ditawarkan pula, kualiti sering dilihat dari sudut keupayaan untuk dipasarkan. Hal ini bermakna bahawa sesuatu produk itu dikatakan berkualiti apabila mempunyai nilai komersial, sesuai dengan kemahuan pelanggan, kompetitif, dan tidak mempunyai sebarang cela sehingga dapat diniagakan serta mendatangkan keuntungan kepada pihak yang menghasilkannya.

Crosby berpendapat bahawa kualiti ialah penghasilan produk atau perkhidmatan tanpa kecacatan dan kerosakan (zero defect). Shingo juga merujuk kualiti sebagai penghasilan produk tanpa kecacatan. Walau bagaimanapun, selain tiada kecacatan pada produk yang dihasilkan, shingo juga menekankan pentingnya dikurangkan kesilapan secara berterusan semasa proses pengeluaran produk.

Bagi tokoh kualiti Peters menyatakan istilah kecemerlangan (excellence) digunakan sebagai menggantikan isitilah kualiti. Bagi beliau, kualiti atau kecemerlangan bermaksud memberikan tumpuan kepada pelanggan, termasuk mengambil kira keinginan, kehendak dan pandangan mereka sepanjang proses pengeluaran produk.

Definisi kualiti yang dikemukakan oleh tokoh kualiti ini sekalipun pelbagai, semuanya bertitik tolak daripada premis memenuhi kehendak dan kemahuan pelanggan. Dengan berasaskan pandangan tokoh kualiti ini, beberapa badan kualiti yang berautoriti di dunia mengemukakan definisi kualiti yang lebih khusus dan jelas.

Dalam kahian ontology Islam, penekanan terhadap sesuatu perkara yang tidak sahaja diberikan kepada aspek yang dapat diukur secara kuantitatif. Ontologi yang dimaksudkan di sini ialah cabang kepada ilmu falsafah yang mengemukakan pengkonsepsian dan pencirian mengenai sesuatu perkara. Dari perspektif Islam, perbicangan tentang sesuatu konsep dan ciri perlu mengambil kira, bahkah mengutamakan aspek kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif. Antara aspek yang dimaksudkan dan sangat relevan dengan pengurusan pengeluaran produk serta pemberian perkhidmatan termasuklah kehalalan dan nilai manfaat produk atau perkhidmatan yang dihasilkan menurut perspektif Islam.

Dalam Islam, pengukuran kebersihan dari sudut fiqah bukan sahaja mengambil kira pandangan mata kasar, tetapi juga cara pembersihannya, iaitu sudah benar-benar suci sumber perolehannya, sama ada daripada sumber yang halal ataupun haram, bahkan kedudukan produk itu sendiri, sama ada benar-benar produk yang halalan tayyiban atau sebaliknya. Tuntutan terhadap aspek kebersihan ini ditekankan dalam Islam sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
           
            “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa-apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang nyata bagimu.”
                                                                                                (Surah al-Bawarah 2:168)

            “Hai orang-orang yang beriman, makanlah antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.”
                                                                                                (Surah al-Baqarah 2:72)

Sementara itu, pengukuran kebersihan dari sudut tasawuf pula mengambil kira kualiti kebersihan dari aspek bersih daripada sebarang unsur yang syubahat. Perkara syubahat merupakan perkara yang meragukan atau yang tidak jelas halal atau haramnya. Berkaitan dengan hal ini, terdapat hadis yang terjemahan seperti yang berikut:
           
            Daripada Abu ‘Abdullah an-Nu’man bin Bashir berkara, Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya yang halal itu telah nyata, dan yang haram juga telah nyata, dan antara kedua-duanya merupakan perkara-perkara yang meragukan, yang kebanyakan orang ramai tidak mengetahui. Orang yang memelihara diri daripada perkara-perkara yang meragukan itu, samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara-perkara yang meragukan itu akan tergelincir pula ke dalam yang haram laksana seorang penggembala di sekitar tempat larangan.”
                                                                        (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kualiti produk dan perkhidmatan menurut sudut pandangan Islam bukan sahaja menekankan aspek pemenuhan kemahuan dan kehendak pelanggan dari sudut lahiriah atau aspek pemenuhan kemahuan dan kehendak pelanggan dari sudut lahiriah atau aspek keupayaan untuk dikomersialkan dan dipasarkan.

(oleh: Fadzila Azni Ahmad, Majalah Dewan Ekonomi keluaran Disember 2013)

Video Semasa



GANTI Salur Bantuan Banjir Sebagai Tanggungjawab Sosial


What is Corporate Social Responsibility ?



Laporan Program ASTRO Kasih di Sabah

Tuesday 7 January 2014

Etika & Tanggungjawab Sosial

Pada masa kini, isu tanggungjawab sosial dan etika sering menjadi bahan bualan masyarakat. Tanggungjawab sosial sesebuah organisasi yang berorientasikan perniagaan dan keuntungan (for-profit business organization) menjadi sasaran utama pihak media massa dan masyarakat. Perkara ini berlaku kerana organisasi perniagaan ini mengawal sebahagian besar sumber bahan mentah yang ada untuk mengeluarkan produk dan perkhidmatan untuk masyarakat di persekitaran organisasi tersebut. Sama ada organisasi ini bertanggungjawab atau tidak bertanggungjawab kepada masyarakatnya, mereka tetap menjadi perhatian.

Adakalanya kita mempersoalkan sama ada organisasi ini telah melaksanakan tanggungjawab mereka kepada masyarakat. Kadang-kala kita bertanya sejauhmana peranan/ sumbangan mereka dan bagaimana mereka memperbaiki kualiti perkhidmatan organisasi ini kepada masyarakat. Sekiranya kita merasakan bahawa sesebuah organisasi itu tidak bertanggungjawab kepada masyarakat, kita ingin mengetahui sebab dan langkah yang akan diambil bagi memperbaiki keadaan tersebut.

Walau bagaimanapun, kita tidak selalunya menilai perkara yang negatif sahaja, tanggungjawab organisasi juga sering dilihat dari sudut positif. Contohnya sebuah kilang kain di Malden, US, milik Aaron Feuerstein. Semasa berlaku kebakaran, kilangnya telah musnah akibat kebakaran tersebut. Walau bagaimanapun, menyedari tanggungjawab sosialnya kepada pekerja-pekerja beliau, Aaron telah membayar gaji kepada semua pekerjanya sehinggalah kilang tersebut siap dibina semula. Perbuatan ini menjadikan Aaron seorang yang terkenal dengan seorang pengurus yang beretika dan bertanggungjawab kepada masyarakatnya.

Sebaliknya, terdapat sesetengah pendapat yang menentang bahawa organisasi mempunyai tanggungjawab sosial terhadap masyarakatnya. Mereka mengatakan bahawa organisasi sememangnya mempunyai tanggunjawab sosial tetapi bukan kepada masyarakat atau individu di dalam organisasi itu sendiri, sebaliknya tanggungjawab sosial tersebut adalah terhadap pemegang-pemegang saham syarikat. Kenapa? Hal ini terjadi disebabkan oleh kepentingan ekonomi yang menjadi keutamaan. Organisasi perlu menjaga kepentingan sosial pemegang-pemegang saham ini kerana mereka yang menentukan untung-rugi sesebuah organisasi tersebut. Justeru, organisasi ini mempunyai tanggungjawab sosial kepada pemegang saham mereka dan bukannya kepada masyarakat atau individu dalam organisasi itu sendiri.

Terdapat dua kesan yang berbeza kepada tanggungjawab sosial sesebuah organisasi apabila ia melibatkan jangka masa pendek atau panjang. Kunci utama untuk melihat perbezaan ini ialah dari segi tanggungjawab sosial dan tindak-balas sosial. Tanggungjawab sosial merupakan kewajipan melakukan sesuatu yang baik terhadap masyarakat di persekitaran organisasi bagi mencapai matlamat jangka panjang. Kewajipan ini perlu dipenuhi kerana ia merupakan satu perbuatan yang bermoral dan beretika. Contoh yang sering digunakan ialah seperti menganjurkan program kesedaran terhadap alam sekitar. Sesebuah organisasi seperti syarikat pengeluar minuman tin atau minuman kotak, sedar akan kewajipan mereka menjaga alam sekitar, justeru adalah menjadi tanggungjawab organisasi tersebut untuk memberikan maklumat kepada masyarakat tentang perkara tersebut. Salah satu cara yang dilakukan oleh syarikat terbabit ialah dengan menggunakan lambang/logo “kitar semula” dalam setiap produk keluaran mereka.

Bagi kesan jangka pendek atau sederhana pula, matlamat organisasi lebih kepada tindak-balas sosial kepada persekitaran. Ini kerana organisasi mempunyai keperluan untuk bertindak-balas terhadap perubahan norma/kebiasaan dan permintaan masyarakat pada ketika itu. Perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat akan menjadikan organisasi lebih bertindak-balas kerana sedar bahawa ia penting kepada keperluan masyarakat. Contohnya, organisasi bertindak-balas dengan kempen membantu rakyat Afrika yang kebuluran dengan melancarkan produk baru di mana hasil jualan produk tersebut akan disalurkan kepada rakyat kebuluran di Afrika.

Bagaimana pula dengan individu yang bekerja dengan organisasi yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang boleh memberi kesan buruk/negatif kepada masyarakat. Adakah mereka masih boleh menjadi seorang yang beretika dan bertanggungkawab kepada sosialnya? Contohnya individu yang bekerja dengan syarikat tembakau, pengeluar arak atau produk racun serangga. Saya lebih suka menggunakan contoh syarikat tembakau kerana ia lebih dekat dengan masyarakat. Bagi mereka yang bekerja dengan syarikat ini, masih boleh menjalankan tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat walaupun menyedari produk mereka boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna.

Salah satu usaha yang boleh dilakukan ialah dengan memberi maklumat atau penerangan tentang kesan yang akan dihadapi sekiranya produk tersebut digunakan dengan jumlah yang berlebihan tanpa mengikut had yang telah ditetapkan. Adakalanya amat sukar untuk individu yang bekerja dengan organisasi seperti ini untuk melaksanakan tanggungjawab sosial dan mempersoalkan siapa sebenarnya yang perlu melaksanakan tanggungjawab tersebut. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna mereka adalah orang yang tidak bertanggungjawab. Mereka boleh melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan bekerjasama dengan pengurus dan organisasi untuk memastikan maklumat tentang pilihan yang baik dan tindakan yang betul menggunakan produk tersebut sampai kepada masyarakat.

Setiap organisasi mempunyai budaya yang berbeza dan budaya ini melambangkan nilai sesebuah organisasi yang menjadi panduan untuk membuat keputusan atau mengambil tindakan. Pengurusan yang berasaskan prinsip/nilai yang baik merupakan organisasi yang mempunyai kewajipan dan bertindak-balas kepada masyarakat di persekitaran organisasinya. Nilai ini merangkumi semua komponen sosial di dalam organisasi tersebut dan mereka mempunyai tanggungjawab untuk menbuat keputusan dan mengambil tindakan yang telah dipersetujui oleh semua pemegang saham syarikat.

Seseorang pengurus sesebuah organisasi tidak membezakan standard etika antara urusan peribadi dan aktiviti pekerjaan mereka. Masyarakat melihat seseorang pengurus itu sebagai seorang yang beretika, bertanggungjawab dan bermoral tinggi. Walau bagaimanapun, sama ada kita sedar atau tidak, kadang-kala pengurus ini boleh mendorong kita untuk melakukan sesuatu yang tidak beretika disebabkan oleh proses, sistem atau ganjaran yang dijanjikan oleh organisasi. Perkara ini bergantung kepada keadaan atau situasi kerja dan organisasi yang berbeza. Namun begitu, setiap pengurus tidak mempunyai dua set standard etika yang berbeza, sebaliknya mereka dilihat sebagai seorang yang bermoral dan bertanggungjawab.

Budaya sesebuah organisasi boleh membentuk etika dan perangai pekerja mereka agar bertanggungjawab kepada masyarakat. Salah satu cara yang berkesan ialah dengan memberi dorongan dan ganjaran terhadap pekerja yang beretika dan berkelakuan baik kepada masyarakat di persekitaran organisasi. Sekiranya pekerja ini melihat kelakuan beretika ini sebagai sesuatu yang penting dan mendapat galakan, maka mereka akan menjadikannya sebagai suatu pegangan atau amalan.

Contonhnya, sebuah syarikat pengeluar barangan penjagaan diri yang terkenal, iaitu Tom’s Of Maine, budaya yang diamalkan ialah mewajibkan seseorang pekerja itu membuat penilaian dari segi etika (light of the ethical values) sebelum membuat keputusan. Pekerja-pekerja syarikat menyedari akan kepentingan mengikut budaya ini dan mereka akan diberi ganjaran yang sepatutnya jika mengikut budaya tersebut. Sebaliknya, jika mereka membuat keputusan tanpa merujuk kepada budaya ini, mereka dengan sendirinya akan menyedari kesilapan yang dilakukan dan akan mempertimbangkan semula keputusan yang telah dibuat agar selaras dengan budaya yang dipegang oleh organisasi tersebut. Kesedaran inilah yang dibentuk oleh budaya syarikat tersebut agar pekerja mereka lebih beretika.


Walau bagaimanapun, terdapat keperluan untuk pengurus itu mengubah tingkah laku sosial mereka sekiranya mereka ingin membuat hubungan dagangan/perniagaan di negara lain. Ini kerana setiap negara mempunyai etika yang berbeza, dan sesetengah negara seperti US membenarkan amalan rasuah dan menganggapnya sebagai suatu amalan yang biasa. Perbezaan sosial, politik, dan budaya setiap negara akan mempengaruhi etika sesebuah organisasi yang beroperasi di negara tersebut. Contohnya, amalan rasuah atau pemberian ganjaran wang di kalangan kakitangan kerajaan adalah satu kesalahan besar di Mesir. Justeru, Syarikat Coca-Cola mengambil langkah dengan menaja projek penanaman pokok buah-buahan bagi membolehkan produk mereka dipasarkan di negara tersebut.
 
Blogger Templates