Pages

Tuesday 21 January 2014

PRINSIP-PRINSIP AMALAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL SEKTOR PERNIAGAAN

Frederick et. A; (1992) merumuskan prinsip-prinsip berikut di dalam perbahasan tentang perlunya amalan tanggungjawab social oleh sektor perniagaan:

(1)   Peniaga tidak boleh mengelakkan diri dari terlibat dalam isu sosial. Sektor perniagaan adalah pada asasnya merupakan sebahagian dari anggota masyarakat dan dengan itu semestinya berkongsi hak dan tanggungjawab bagi mengatasi masalah-masalah yang berbangkit.

(2)   Perniagaan  mempunyai sumber untuk menyelesaikan masalah-masalah yang kompleks. Dengan kekuatan sumber kewangan, teknikal dan pengurusan, sektor perniagaan boleh memainkan peranan penting di dalam membuat keputusan yang bijak bagi menyelesaikan masalah masyarakat. Dengan berbuat demikian serta dengan sokongan dari pihak masyarakat, organisasi perniagaan akan dapat terus membangungkan kepakaran mereka.

(3)   Masyarakat yang lebih baik bermakna dapat mewujudkan persekitaran yang terbaik untuk memajukan perniagaan. Perniagaan boleh membangunkan keuntungan jangka panjang dengan memberi perhatian kepada masalah hari ini. Dengan itu dapat mewujudkan persekitaran masyarakat yang kondusif dan seterusnya dapat membantu melicinkan perjalanan perniagaan untuk menjadi lebih beruntung di masa hadapan.

(4)   Tindakan sosial perniagaan dapat mengelakkan campur tangan kerajaan. Sekiranya perniagaan gagal melaksanakan tanggungjawab ini secara sukarela dan mengakibatkan kesan negatif kepada masyarakat, pihak kerajaan terpaksa campur tangan untuk memaksa sektor perniagaan melaksanakannya.

Terdapat tiga (3) tahap sepertimana yang dikemukakan oleh Sethi (1979) yang membawa kepada evolusi reaksi sektor perniagaan kepada tanggungjawab sosial.

i). Memenuhi  kewajipan secara pasif.
Sektor perniagaan telah didapati tidak begitu menonjol di dalam melakukan tindakan menyelesaikan masalah masyarakat. Malah apabila keadaan memaksa, beberapa strategi awam akan diambil untuk menaikan imej seberapa yang boleh bagi menangkis dan menafikan ketidakcekapannya.


Sektor perniagaan juga didapati cuba mengekalkan status-quo, menentang undang-undang yang memberi kepada pertambahan kos serta secara diam-diam menggunakan lobi untuk mempertahankan kedudukannya. Manakala sumbangan pula hanya diberi jika ia memberi faedah kepada                                                                   

ii). Menerima tanggungjawab secara terhad
Sektor perniagaan bertindak menerima tanggungjawab menyelesaikan masalah semsa dan bersedia menerima kritkan, tetapi pada waktu yang sama, mempengaruhi masyarakat awam untuk menerima praktis firma.
Sektor perniagaan mula menunjukkan kesediaan bekerjasama dengan kerajaan dalam penyelidikan ke arah meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta menunjukkan kesanggupan untuk bekerja dengan pihak lain bagi penambahbaikkan undang-undang yang sedia ada.

Manakala dari segi philantropik pula, sektor perniagaan memberi sumbangan kepada perkara-perkara yang tidak kontroversi.

iii). Bertindak ke atas reaksi sosial secara aktif
Tahap ini menunjukkan peniaga bersedia berbincang tindakan yang diambil bersama pihak luar, juga memberi penerangan secara bebas kepada pihak awam, menerima input  formal dan tidak formal dari pihak luar dan dalam pembuatan keputusan serta sanggup dinilai oleh masyarakat di dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.

Berkomunikasi secara terbuka dengan kerajaan dalam mencadangkan dan melaksanakan undang-undang. Bersedia secara terbuka menentang aktiviti kerajaan yang tikda membawa kepada kebajikan masyarakat awam.

Sektor perniagaan juga menghindarkan diri dari campur tangan dalam politik sambil menggalakkan elemen kejujuran dan perlakuan terbuka. Dalam kegiatan philantrofik, bekerjasama dengan pihak lain untuk menyumbangkan secara langsung kepada kesejahteraan masyarakat secara berpanjangan serta kea rah memenuhi keperluan golongan yang terpinggir dan kurang bernasib baik.

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates