Pages

Tuesday 7 January 2014

Tanggungjawab Sosial & Etika

Tanggungjawab syarikat adalah tindakan dan dasar syarikat dalam berinteraksi yang didasarkan pada etika. Secara umumnya, etika difahami sebagai peraturan tentang prinsip dan nilai moral yang mengarahkan perilaku seseorang atau kumpulan masyarakat mengenai baik atau buruk dalam mengambil keputusan. Menurut Jones, etika berkaitan dengan nilai - nilai dalaman yang merupakan sebahagian dari budaya syarikat dan membentuk keputusan yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial.

Terdapat 3 pendekatan dalam pembentukan tanggungjawab sosial :

1.      Pendekatan moral iaitu tindakan yang didasarkan kepada prinsip kesatuan.
2.      Pendekatan kepentingan bersama iaitu bahawa kebijakkan moral harus berdasarkan  terhadap standard kebersamaan, kewajaran dan kebebasan yang   bertanggungjawab.
3.       Dasar bermanfaat adalah tanggungjawab sosial yang didasarkan pada nilai apa yang dilakukan syarikat dapat menghasilkan manfaat besar bagi pihak berkepentingan secara adil.

Berjaya atau tidaknya sesuatu program itu merupakan tanggungjawab syarikat dan ia sangat bergantung pada perjanjian pihak-pihak yang berkepentingan. Pihak - pihak yang berkepentingan yang terlibat dalam proses pengeluaran tindakannya di satu sisi dapat menyokong prestasi syarikat tapi di sisi lain boleh menjadi pengganggu kerana setiap pihak mempunyai kriteria tanggungjawab yang berbeza yang disebabkan kepentingan yang berbeza pula.

Mengendalikan reaksi terhadap tuntutan sosial

Dalam kaitan ini , para ilmuan pentadbiran , pengurusan dan organisasi telah membangunkan sebuah model respon yang boleh dipilih syarikat ketika mereka menghadapi sesuatu masalah sosial. Model - model tersebut adalah : obstruktif , defensive , akomodatif , dan proaktif.

Model obstruktif - adalah respon terhadap tuntutan masyarakat di mana organisasi menolak tanggungjawab, menolak keabsahan dari bukti-bukti pelanggaran, dan memunculkan usaha untuk merintangi penyelidikan .


Model defensif - adalah bentuk respon terhadap tuntutan masyarakat di mana syarikat mengakui kesalahan yang berkaitan dengan ketelanjuran atau kelalaian tetapi tidak bertindak obstruktif.


Model akomodatif - adalah bentuk respon terhadap masyarakat di mana syarikat melaksanakan atau memberi tanggungjawab sosial atau tindakannya selaras dengan kepentingan awam.


Model Proaktif - adalah respon terhadap permintaan sosial di mana organisasi berbeza melalui keupayaan mempelajari tanggungjawabnya kepada masyararakat dan melakukan tindakan yang diperlukan tanpa tekanan dari mereka.

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates