Pages

Tuesday 21 January 2014

PERSPEKTIF TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Walaupun matlamat utama sesebuah badan korporat untuk menghasilkan keuntungan, tetapi ia juga mempunyai tanggungjawab social terhadap berbagai pihak yang berkepentingan termasuk pelanggan, pekerja, pembekal dan juga kerajaan. Oleh itu, tanggungjawab social dalam aspek perniagaan boleh ditakrifkan sebagai usaha yang dilakukan untuk memaksimumkan faedah ataupun kesan positif kepada semua pihak yang berkepentingan dan pada masa yang sama berusaha untuk meminimumkan kesan negatif yang mungkin tercetus dari amalan perniagaan.


Diantara peranan firma perniagaan terhadap masyarakat iaitu menghasilkan produk dan perkhidmatan untuk kesejahteraan masyarakat, melaksanakan dengan paling cekap, menyediakan peluang perniagaan, membuat keuntungan dan dengan itu dapat menyumbangkan secara langsung kepada kemakmuran Negara dan masyarakat sejagat, dan juga bersaing untuk penghasilan yang paling kos-efektif.

Sesebuah firma juga dikatakan telah melaksanakan tanggungjawab sekiranya dapat memenuhi empat dimensi tanggungjawab social iaitu undang-undang, ekonomi, etika dan amal jariah. Corral (1979) menyatakan tanggungjawab adalah perlakuan dan aktiviti tambahan yang bukan ditentukan oleh  undang-undang tetapi lebih kepada memenuhi apa yang diharapkan kepada oleh ahli masyarakat.

i)                    Perspektif undang-undang
Kerajaan berperanan mengawal selia persaingan, melindungi pengguna, melindungi alam sekitar, melindungi aspek-aspek keselamatan dan kesihatan serta melindungi pekerja. Undang-undang dan peraturan yang tertentu diwujudkan bagi maksud-maksud tersebut. Diwaktu yang sama, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mewujudkan  suasana yang kondusif bagi membolehkan sector perniagaan memainkan peranan masing-masing kea rah perumbuhan ekonomi Negara.


(FOTO menunjukkan hasil rampasan barang-barang yang diseludup termasuk minyak masak di sempadan negara di Perlis)

Firma-firma perniagaan perlu mematui undang-undang dan peraturan yang melibatkan pekerja, pengguna, pembekal, masyarakat, alam sekitar dan sebagainya. Setiap kesalahan akan mengakibatkan tindakan undang-undang yang membawa kepada firma perniagaan menanggung kerugian akibat daripada tuntutan saman melalui pembayaran pampasan dan denda. Malah berkemungkinan boleh menjejaskan reputasi syarikat dan menggugat keyakinan pelanggan terhadap syarikat berkenaan. Resiko yang paling besar ialah berkemungkinan diarah oleh mahkamah untuk menutup operasi perniagaan tersebut.

Diantara undang-undang yang terlibat bagi mengawal firma perniagaan seperti berikut:
a.   Akta Kerja;
b.   Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
c.  Akta Kualiti Alam Sekitar;
d.   Akta Perlindungan Pengguna; dan
e.    Akta Perhubungan Industri.

Manakala lain-lain peraturan termasuklah kawalan kegunaan tanah dan juga perlesenan. Walau bagaimanapun, perubahan sentiasa berlaku dan atas sebab itu undang-undang tidak mungkin dapat menjangka kesemua perlakuan manusia. Ini bermakna memenuhi tuntutan kehendak undang-undang sahaja tidak cukup untuk organisasi perniagaan memenuhi tuntutan beretika. Perspektif-perspektif selainnya harus juga dipertimbangkan.

ii)                  Perspektif etika
Etika sebagai satu dimensi tanggungjawab social bermaksud memenuhi norma dan piawaian moral masyarakat melebihi daripada tuntutan undang-undang. Malah, sektor perniagaan perlu mengambil kira aspirasi semua pihak yang berkepentingan dengan kewujudannya, termasuk pemegang saham, pekerja, pelanggan dan pembekal, malah pesaing, serta terhadap masyarakat. Begitu juga dengan nilai-nilai luhur insan, agama dankepercayaan serta budaya masyarakat perlu dilihat.

Manakala pengurusan dan pekerja sesebuah firma perlu ada iltizam dan komitmen bersama ke arah amalan beretika. Justeru itu, akan dapat mewujudkan kesetiaan dan pemuafakatan semua pihak yang bersama-sama berusaha ke arah amalan beretika selaras dengan aspirasi masyarakat secara holistik.

Dengan adanya firma perniagaan yang peka kepada aspirasi, kehendak keperluan semua pihak dalaman dan luaran khususnya berkaitan dengan tuntutan amalan perniagaan yang beretika, maka firma tersebut akan dapat membentuk strategi-strategi perniagaan yang diterima dengan baik oleh semua pihak dan akhirnya berjaya menghasilkan kecemerlanan organisasi yang berpanjangan.

iii)                Perspektif ekonomi
Sesebuah organisasi perniagaan dikatakan telah memenuhi tanggungjawab social dari perspektif ekonomi apabila dapat menguruskan perniagaan secara cekap, mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti untuk pengguna, menyediakan peluang pekerjaan dengan upah yang setimpal, menyumangkan kepada pertumbuhan ekonomi serta telah memperolehi keuntungan yang munasabah.

Antara isu penting dalam memenuhi tanggungjawab sosial dari perspektif ekonomi ialah amalan pesaingan oleh firma perniagaan. Apabila persaingan secara tidak adil dilakukan misalnya mengekalkan potongan harga dan melancarkan perang harga, ini akan melemahkan dan akhirnya memusnahkan firma-firma yang bersaiz kecil di pasaran. Begitu juga dengan amalan rasuah, wujud persaingan yang tidak sihat dan rompakan hak intelek yang akan meluputkan semangat pertalian sama-sama beruntung (win-win relationship).

iv)                Perspektif amal jariah
Perspektif amal jariah wujud jika firma perniagaan dapat menyumbang sebahagian daripada hasil syarikat melalui pelaksanaan program-program kemasyarakatan bantuan kewangan, pendidikan, menganjurkan program bermanfaat kepada masyarakat dan sebagainya.  Ia berlandaskan kepada prinsip tanggungjawab firma perniagaan ke arah member sumbangan kepada peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Di dalam memenuhi hasrat perspektif ini, sektor perniagaan sedar bahawa masyarakat memerlukan lebih dari keperluan asas seperti ketenteraman awam serta kemuadahan dan masa untuk beribadah, rekreasi dan beriadah, hiburan dan kesenian serta amnya ketengangan jiwa. Sebagai pemilik (employers) kepada kakitangan serta sebagai anggota masyarakat setempat, adalah menjadi tanggungjawab sektor perniagaan turut membantu menyediakannya.

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates